Perkahwinan kedua Jeanne_Abdullah

Beliau bernikah dengan Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang lebih mesra dikenali dengan panggilan "Pak Lah", dalam satu majlis tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja di Seri Perdana, Putrajaya pada hari Sabtu. 9 Jun 2007. Hal ini dimaklumkan dalam satu sidang media pada 6 Jun 2007 . Pada Mac 2007, wartawan TV3 telah bertanya tentang khabar angin tentang perkahwinan itu kepada Pak Lah.

Abdullah berumur 67 tahun dan mempunyai 2 anak iaitu Nori Abdullah dan Kamaludin Abdullah.

Abdullah dan Jeanne telah kenal lama malahan hubungan antara Endon Mahmood dan Jeanne amat akrab kerana abang Endon merupakan suami Jeanne. Mereka sering berjumpa di kediaman bapa Endon, Mahmood Ambak di Kuala Lumpur.

Gambar rasmi yang dikeluarkan oleh Bernama menunjukkan Jeanne tidak bertudung dan mempunyai wajah pan Asian sebagaimana Endon Mahmood. Endon meninggal dunia kerana penyakit kanser payudara pada 20 Oktober 2005 . Endon mempunyai darah campuran Melayu-Jepun sementara Jeanne Abdullah mempunyai darah campuran Perancis.

Perkahwinan ini menamatkan teka-teki siapa bakal menjadi isteri kedua Pak Lah yang menduda sejak 20 Oktober 2005. Kehidupan Perdana Menteri Malaysia akan lebih sempurna dengan kehadiran seorang isteri, wanita pertama Malaysia, menjaga dan menasihati Paklah dalam kehidupan bekeluarga. Dengan ini Paklah lebih bersedia menghadapi Pilihan raya Malaysia ke-12 yang mungkin diadakan pada hujung tahun 2007 atau awal 2008.

Majlis akad nikah

Pada 9 Jun 2007, akad nikah disempurnakan oleh Imam Masjid Putrajaya Abdul Manaf Mat pada pukul 2.50 petang. Saksinya ialah Datuk Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin.[6]

Turut hadir ialah Nadiah Kimie (lahir 1978) dan Nadene Kimie Othman (lahir 1980) dan bapa kandung Jeanne, Mathew Danker. Lain-lain ialah adik Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud, Datuk Rahmah, Othman, Nonni dan Puan Sri Aizah, serta suaminya, Tan Sri Mohd Radzi Mansor.

Abdullah yang berpakaian baju Melayu dan samping warna krim menyarungkan cincin berlian pada jari Jeanne yang berpakaian baju kurung dan selendang sedondon. Liputan media betul-betul tidak ada.

Masjid Jamiul Badawi di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang akan mengadakan jamuan sempena perkahwinan Abdullah. Hal ini disahkan oleh Setiausaha Politik Abdullah, Datuk Othman Desa.

Ziarah pusara

Jam 4.55 petang, Abdullah, Jeanne dan semua ahli keluarga terdekat menziarahi pusara arwah isterinya Tun Datin Paduka Seri Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Islam, Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya. Abdullah mengetuai bacaan tahlili, menyiram air mawar dan menabur bunga melur di pusara Endon. Abdullah menegaskan Rasulullah menyarakan pokok ditanam di pusara kerana pokok akan bertasbih.

Perkahwinan ini merupakan satu lagi kejutan bagi rakyat Malaysia. Sebelum ini Raja Dr Nazrin Shah telah berkahwin dengan Zara Salim Davidson secara sederhana dan tiada liputan media.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Jeanne_Abdullah http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia... http://bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=265... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_lite.php... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/12... http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/sem... http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=page&page=1635 http://malaysia-today.net/blog2006/?itemid=5258 http://malaysia-today.net/blog2006/?itemid=5260 http://www.webcitation.org/5PuaTzMGg?url=http://be... http://www.webcitation.org/5wWfFimHC?url=http://ww...